Tuesday, July 8, 2008

Selamat Pengantin Baru & Tahniah


Salam.

Sekali lagi bertemu. Kali ini saya ingin mengucapkan Selamat pengantin baru kepada Puan Diana dan pasangan nya. Majlis berlangsung pada 6.7.08 yang lalu.

Bertempat di Dewan serbaguna Presint 8, Putrajaya. Yang menarik perhatian saya ialah sebagai katerer ialah kemudahan ruang`servery' yang di sediakan begitu baik. Pertama kali saya berjumpa dengan kemudahan yang begitu lengkap sekali. Saya harap dewan-dewan serbaguna yang lain dapat meniru perkhidmatan yang disediakan oleh tempat ini.

Selamat Pengantin Baru.

Marhaba Team

Friday, July 4, 2008

Politik Kita

Salam semua.
Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan beberapa isu yang melanda politik tanah air kita. 2 tajuk yang amat memilukan bila kita baca dan dengar. Kadang-kadang perasaan malu melanda kita sebagai rakyat Malaysia. Kematangan orang politik kita, kadang-kadang menjelekkan. Seorang di tuduh meliwat dan seorang lagi di tuduh terlibat dalam konspirasi membunuh.

Kita pun tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Cuma yang menariknya, orang yang dituduh meliwat agak berani dan tegas bila mempertahankan dirinya. Yang satu pihak lagi nampaknya seperti ada sedikit keraguan bila melihat caranya menjawab soalan bertubi-tubi pihak wartawan.

Sedihnya dua-dua individu ini orang Melayu kita. Sedangkan kita sibuk memperkatakan ketuanan Melaya, Kesatuan Melayu, tetapi kita sebenarnya berpecah belah. Sedih dan menyedihkan. Sedangkan bangsa lain mereka semakin hari semakin menguatkan ikatan mereka dan membina bangsa mereka, ekonomi mereka dan kekayaan mereka. Sedangkan kita bangsa yang diharapkan menjadi peneraju dalam segala aspek menjadi bangsa yang kecundang. Kita ketinggalan dalam semua segi. Kita gagal dalam ekonomi, pendidikan,politik dan lain-lain.

Tak bolehkah kita kembali kepada nilai asal kita yang diajar oleh agama dan orang tua kita. Kalau ada masalah duduk berbincang. Jangan salah menyalah. Jangan tuduh menuduh. Jangan buat fitnah. Jaga budi bahasa kita. Itu semua nilai yang diterapkan oleh kedua orang kita. Dan ini nilai yang diajar oleh Agama Islam kepada kita.

Sebagai rakyat yang kerdil ini, cukuplah kita dibebankan dengan segala kenaikan harga barang-barang yang di naikkan. Jangan lah beban orang politik bergaduh disajikan dalam hiburan yang kita nikmati setiap hari. Biarlah cerita-cerita yang menyejukkan dan mengembirakan menghiasi taman hidup kita. Sekurang-kurangnya tenang lah sedikit jiwa kita dalam menghadapi kehidupan seharian yang penuh cabaran.

Wahai orang politik semua. Kembalilah kepada jalan ALLAH. Itu sebaik cara dalam mencari kebenaran dan kedamaian. Kita lihat, orang politik yang menjadikan ALLAH dan Islam sebagai rujukan dan pegangan, mereka lebih tenang dan sabar. Kerana ALLAH sentiasa membimbing mereka.

Wednesday, June 25, 2008

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU


Salam semua.


Saya bagi pihak Marhaba Catering & Event ingin mengucapkan jutaan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Cik Ezan yang melangsung kan majlis mereka pada 22 Jun yang lepas.


Kami kagum dengan ketabahan Cik Ezan yang menguruskan majlis nya dengan berjaya. Kerana beliau telah kehilangan Ibu tercinta akibat penyakit barah hati.


Walau bagaimanapun majlis berlangsung dengan meriahnya. Dan kehadiran tetamu amat memberansangkan.


Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat.


Tulus ikhlas dari kami.

Monday, June 16, 2008

Jadilah Seperti `Raja Jordan'

Bari-baru ni saya ada bersembang dengan seorang teman yang baru pulang dari Bumi Anbiya' Jordan. Banyak cerita yang menarik telah beliau ceritakan kepada saya. Dari cerita Ashabul Kahfi hinggalah ke Laut Mati.

Tetapi ada satu cerita yang menarik perhatian saya. Tentang amalan istimewa keluarga Diraja Jordan. Menurut teman saya, Raja Jordan yang sekarang memerintah ini mempunyai satu tabiat iaitu menyamar seperti orang awam. Tujuan nya ialah untuk turun kepadang melihat sendiri masalah rakyat nya. Tabiat ini bukan saja tabiat Baginda, tetapi menjadi suatu tabiat yang di warisi dari Ayahandanya dan nenda-nenda sebelumnya. Ayahandanya Raja Hussein juga terkenal bersifat begitu.

Baginda sering menyamar pada siang hari,malam hari menjadi rakyat biasa tanpa pengawal, tanpa protokol melihat sendiri apa yang berlaku pada akar umbi masyarakat baginda. Menurut teman saya, cara Baginda ini dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat. Ini kerana Baginda mendengar keluhan rakyat terus dari mulut mereka bukannya di tapis oleh beberapa lapisan orang di bawahnya supaya cerita yang sampai lebih enak dari yang sepatutnya.

Saya fikir inilah sikap yang di ajar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. kepada Khulafa'ur Rasyidin dan pemerintah empayar selepas itu.

Mungkin juga bukan suatu kepelikan sekiranya kemurnian hati Baginda Raja Jordan ini di warisi dari nenda Baginda iaitu Rasulullah S.A.W. Menurut sejarah, keturunan Raja Jordan ini tersambung dengan pemerintah terakhir bumi Hijjaz berketurunan Baginda Rasulullah S.A.W. iaitu Syarif Hussein yang di halau keluar dari bumi Hijjaz oleh pemerintah yang baru. Sebab itu negara Jordan di panggil `The Heshimete Kingdom of Jordan' Kerajaan Hashimiah Jordan.

Saya fikir sikap ini juga harus ada dalam pemimpin kita. Supaya masalah rakyat dapat diselesaikan dengan lebih baik. Dengan terus dari mulut rakyat bukannya dari pegawai-pegawai yang hanya melaporkan perkara indah khabar dari rupa. Macamana masalah rakyat nak selesai. Tepuk dada tanya iman.

Wassalam.

Selamat Pengantin Baru & Tahniah


Salam Sejahtera.
Kami sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan Sharizat & Yahya yang melangsungkan majlis mereka pada 14 Jun 2007 di Petaling Jaya.

Semoga pasangan mempelai ingin selamat melayari bahtera perkahwinan dan berkekalan ke akhir hayat.

Kami berbesar hati dapat menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan pada majlis tersebut.

Marhaba Catering & Event

Monday, June 9, 2008

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam sejahtera semua.
Sekali lagi kami bagi pihak Marhaba Catering & Event, ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan Ahmad Nabawi & Rosaidiyah yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka di PPR Batu Muda.

Juga tidak ketinggalan kepada pasangan Zarinah yang melangsungkan majlis mereka di Dewan Serbaguna Taman Bukit Subang.

Kedua-dua pasangan ini telah mengadakan majlis mereka pada 7 Jun 2008 yang lalu. Kehadiran para tetamu amatlah menggalakkan di kedua-dua majlis.

Semoga pasangan-pasangan ini dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lebih tenang dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Terima kasih dari Marhaba Catering kerana telah menggunakan perkhidmatan kami.

Tulus ikhlas
Dari Krew
Marhaba Catering & Event

Wednesday, June 4, 2008

HARGA MINYAK NAIK LAGI

Harga minyak naik lagi!!!!!!!!!!!!!!!

naik nya bukan nya sikit-sikit. Kerajaan minta kita berjimat selepas ini. Saya harap kerajaan pun samalah. Janganlah membazir duit tembak mercun sana, mercun sini. Duit tu simpan bagi subsidi kat rakyat pun tak pe.

Lepas ni stand by la pulak harga barang naik. Bohong la kalau harga minyak naik harga barang tak naik.

Kesian lah pada peniaga-peniaga kecil macam kami. Nak absorve kenaikan yang melampau. Mudah-mudahan bertukarlah kerajaan Malaysia ni yang lebih prihatin masalah rakyat. Amin.

Good luck to all Malaysian. Especially low & middle class income.

Monday, June 2, 2008

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU



Salam semua.

Bagi pihak Marhaba Catering & Event, kami ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati.

Kepada pasangan Nurul Aisyah & Mohd. Saufee yang mana majlis mereka berlangsung pada 31 mei 08 yang di Sg. Chua,Kajang. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Juga tahniah kepada pasangan Adzriana & Isfanizam yang melangsungkan majlis mereka di Nusa Rhu pada 1 jun 2008.

Tidak ketinggalan kepada pasangan Eina & Faizal yang melangsungkan majlis kenduri kahwin pada 1 jun 2008 di Taman Bukit Subang.

Mereka semua adalah pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Marhaba Catering & Event.

Tahniah sekali lagi.

Wednesday, May 28, 2008

JOM KE SELATAN


Salam semua.


Semalam 26 mei saya ke Negeri Johor Darul Takzim. Tujuan kesana adalah untuk menziarahi isteri sahabat baik saya yang bersalin secara pembedahan di Hospital Sultanah Aminah. Saya panggil dia `yeop' walaupun namanya Hasbullah. Orang Perak la katakan. Dia mengajar di salah sebuah sekolah di Kulai. Isterinya pun cikgu jugak. Isterinya terpaksa di bedah walaupun belum sampai waktu untuk bersalin kerana penyakit darah tinggi. Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat. Bayi nya terpaksa di letakkan di dalam `inkubator' dan di beri pengawasan sepenuhnya. Berat nya tak sampai 1 kg.

Sepanjang perjalanan dari KL tidaklah ada sebarang masalah. Tak da `accident' mahupun lain-lain kecelakaan. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan, saya ambil keputusan untuk keluar di `exit' Yong Peng untuk ke Batu Pahat. Tujuan ialah untuk pekena nasi beryani Mohd Shah. Kedainya terletak selepas jambatan jalan menuju ke Muar. Beryaninya memang enak. Sampai beratur orang di buatnya. Dari KL, Singapura, Melaka dan Johor. Semuanya ada. Menurut cerita teman saya, katanya Mohd. Shah ini beryani nya pernah menjadi hidangan Santapan Diraja. Katanya ia pernah di nikmati oleh KDYMM Sultan Johor. Sejauh mana kebenaran cerita ini, Wallahuaklam bis sawab. Tapi memang `power'. Anda harus mencubanya bila ke Batu Pahat.

Berbalik cerita di JB, selepas selesai ziarah teman di HSA, saya pun menunaikan solat maghrib dan jamak isyak di Masjid Sultan Abu Bakar. Cukup kagum saya dengan seni binanya. Terasa seperti solat di sebuah Istana. Kecik-kecik dulu pernah lah datang solat di situ. Tapi dah lama dah tak datang. Syahdu rasanya.

Selepas itu, saya dan yeop terus ke Stulang Laut untuk menikmati mee rebus. Johor memang terkenal dengan mee rebus dan mee bandung muar. Sambil menikmati mee rebus, saya terus melemparkan pandangan saya ke Selat Tebrau yang di kongsi Malaysia & Singapura.

Sedang enak menghirup kuah mee rebus saya, saya terpanggil untuk melihat televisyen yang waktu itu sedang berlangsung buletin utama di TV3. 2 isu yang menjadi perhatian saya. yang pertama soal harga minyak. Isu nya kereta-kereta dari negara jiran tidak di benarkan untuk mengisi minyak di sekitar 30-40 km dari perbatasan. Kesian orang Singapura lepas ni. Tapi tak pe la diaorang kan baru ni menang hak kedaulatan keatas `Pulau Batu Putih'. Dah lama dah orang Singapura menikmati subsidi minyak kita. Tapi saya rasa orang Singapura tak peduli soal itu.

Yang ke 2 soal Islam Hadhari. Kerajaan Selangor mengharamkan `Islam Hadhari'. Pedas jugak bunyinya. Macam dulu Kerajaan Malaysia haramkan Al-Arqam dan lain-lain gerakan ajaran sesat yang ada di Malaysia. Saya setuju juga. Kenapa Islam itu perlu di tambah hadhari di hujungnya. Islam tetap Islam. Apa pun ramuan nya ia tetap Islam. Tak perlu di tambah namanya. Cuma yang paling penting perlaksanaanya yang perlu di utamakan. Bukan perubahan kosmetik.

Akhir sekali, seronok la pergi ke JB. Kalau kengkawan ada masa, turun la ke JB. Banyak tempat lagi yang menarik di Johor. Bye.

JOM KE PARLIMEN


Salam semua.

Baru-baru ni saya berpeluang ke Parlimen Malaysia. Rasa sungguh teruja kerana ini pertama kali saya menjejak kan kaki kesana. Saya pergi atas kapasiti sebagai seorang pelajar. Kerana kini saya sedang mengambil kursus lanjutan untuk menjadi seorang pemandu pelancong.

Tiba di parlimen sekitar jam 9 pagi. Dewan masih lagi belum bersidang. Kerana waktu bersidang tepat jam 10 pagi.

Urusan untuk memasuki dewan agak ketat. Kerana faktor keselamatan. Telefon bimbit, kamera tidak di benarkan. Etika pakaian hendaklah mengikuti garis panduan yang di tetapkan.

Yang menarik perhatian saya ialah waktu persidangan. Nampaknya semua ahli parlimen bersikap profesional. Beberapa orang menteri memberi jawapan. Antaranya Menteri Pertanian dan Asas Tani, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Namun menteri-menteri lain pun kelihatan jua.

Di sebelah pembangkang, ada juga barisan `star'. Antaranya Ketua Pembangkang, YB Nurul Izzah, YAB Presiden Pas, Dato' Ibrahim Ali satu-satu wakil bebas, wakil rakyat saya YB Azmin Ali dan lain-lain.

Namun yang menarik perhatian saya, ialah kalau dulu biasanya MP ke Parlimen biasanya menjinjing beg `James Bond'. Tapi sekarang kebanyakan nya bawa beg galas. `Cute' juga.

Sewaktu di Kafeteria, saya sempat berbual dengan seorang pegawai MITI. Dia kata sidang parlimen kali ni unik. Menurut beliau, ada ahli parlimen datang ke parlimen naik kancil pun ada,naik nissan sunny lama pun ada, naik motor pun ada. Nampak wakil rakyat betul-betul mula berjiwa rakyat. Tapi katanya yang begitu kebanyakan nye MP pembangkang la.

Sebelum pulang, sempat la saya capai beberapa cenderamata yang dijual untuk kenangan. Akhirnya saya harap sidang kali ini dapat memberi manfaat khususnya untuk rakyat yang sekarang ini di bebani dengan berbagai masalah keperluan hidup. Kembalikan kepercayaan yang telah diberi. Akhir kata, nak tengok sangat isu lompat parti yang sibuk di perkatakan menjadi kenyataan. Bye.

Monday, May 26, 2008

ADAKAH KITA BERASA SELAMAT ?

Perkataan `selamat' memberi erti bahawa setiap orang berhak menikmati perasaan selamat dan aman. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kita sering dikejutkan dengan berbagai cerita yang keluar di surat khabar, tv, internet dan sebagainya. Ianya membuatkan kita berasa apa akan jadi pada dunia ini.

Dari kes-kes jenayah hinggalah kepada bencana alam. Semuanya merunsingkan kita saban hari. Kita selalu terfikir, adakah rumah kita selamat, pejabat kita selamat,kawasan kita selamat dan negara kita selamat ?

Tetapi kita di Malaysia harus bersyukur, kerana kita masih lagi boleh menikmati kehidupan dengan apa yang kita pertahankan. Keamanan, kemewahan, kesenangan dan kesejahteraan.

Mungkin masih ada doa orang-orang beriman yang di makbulkan tuhan yang menyebabkan kita terhindar dari malapetaka yang besar.

Untuk bersama kita jadikan negara kita sentiasa `selamat' dari segala malapetaka dan bencana dan sentiasa akan di kunjungi oleh para pelawat dari seluruh dunia dan mereka boleh menikmati pakej keamanan yang wujud di sini walaupun sesekali di carik kemurnian nya oleh sesetengah manusia.

my watani